POKOK SPIDER PLANT
POKOK SPIDER PLANT🍀POKOK LABAH-LABAH | ||
🌿PLANT SPIDER ATAU DALAM BAHASA MELAYU "POKOK LABAH-LABAH".🌿
✅Jangan risau, tanaman dalaman ini tak ada kaitan dengan labah-labah dalam kehidupan sebenar. Namun, pokok ini diberikan nama sebagai pokok labah-labah kerana daunnya yang panjang dan meruncing yang menyerupai kaki labah-labah!
✅Pokok labah-labah tumbuh dengan sihat di ruang yang lembap dengan jumlah cahaya yang terhad, sebab itulah ianya lebih sesuai berada di dalam bilik mandi.
✅Pokok labah-labah juga bertindak sebagai penyegar bilik secara semula jadi, jadi anda tak perlu melabur pada penyegar tiruan.
✅Jadikan ia sebagai hiasan "stand alone" dengan meletakkannya di dalam pasu di ambang tingkap bilik mandi. Sekiranya anda inginkan kelainan, masukkannya ke dalam hiasan gantung berdekatan sinki atau tab mandi.